BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, July 10, 2009

Kenapa Kuku jari cepat panjang?...info


Kenapa kuku jari lebih cepat panjang dari kuku kaki.....


kakikukukakikukukakikukukaki...baca dgn laju...

nak tau kenapa..? dan kenapa begitu..?

menjaga kebersihan kuku adalah penting...klo nak tgk org tu bersih atau tidak ..lihat kuku jari mereka..tu...klo ada tanda2 kotor..haahahaha something wrong la..eeeiiii

aku bagi sedikit info utk korang ...


Kuku adalah struktur yang separa keras dan sedikit runcing yang terletak di hujung jari haiwan atau manusia. Bahan asas yang membentuk kuku ialahkeratin, sejenis protein yang keras yang juga boleh dijumpai di dalam rambut dan kulit. Dalam bidang perubatan, kuku juga boleh mempamerkan tahap kesihatan seseorang.

Kuku mempunyai 2 fungsi utama. Fungsi pertama yang diketahui secara umum ialah sebagai pelindung kepada hujung jari. Fungsi keduanya yang juga penting ialah memberikan lebih sensitiviti terhadap deria sentuh. Hujung jari diliputi dengan reseptor yang banyak yang membenarkan kita menerima maklumat dengan lebih efektif apabila kita menyentuh sesuatu objek. Kuku bertindak sebagai penentang daya yang menambahkan lagi sensitiviti kulit, walaupun pada kuku itu sendiri tidak mempunyai saraf dan reseptor

Kuku bertumbuh atau memanjang pada setiap masa, tetapi kadar pemanjangannya bergantung kepada faktor usia, jantina, musim, tahap latihan, suhu badan, diet, dan keturunan. Kuku jari tangan tumbuh dengan lebih cepat pada kadar 3mm sebulan berbanding kuku kaki yang memanjang pada kadar 1mm sebulan. Ini bermakna, kuku tangan mengambil masa kira-kira 3-6 bulan untuk tumbuh sepenuhnya menggantikan kuku yang lama, manakala kuku kaki memerlukan masa antara 12-18 bulan. Berbeza dengan kepercayaan umum, kuku (dan rambut) sebenarnya tumbuh selepas seseorang itu mati,iaitu apabila kulit menjadi kering dan mengecut. Rekod pertumbuhan ini boleh menunjukkan sejarah kesihatan dan ketidakseimbangan fisiologi seseorang, dan telah digunakan sebagai bahan diagnostik sejak zaman purba lagi.

dan memotong kuku pun ada hari2 nya..dan kaedah dari segi islam

Hari Isnin
Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat.

Hari Selasa
Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit.

Hari Rabu
Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.

Hari Khamis
Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.

Hari Jumaat
Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.

Hari Sabtu
Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit.

Hari Ahad
Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.


so boleh la pilih mana pilihan nya...hati2 ketika memotong kuku..jangan pakai terjah aje...

wallahualam.

mat blackz