BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, July 7, 2009

Antara CHIN PENG dan HENRY GURNEY ?


SIAPA HERO..SIAPA PAHLAWAN...? SIAPA PENGKIANAT..SIAPA PENJENAYAH..?


sekali sekala baca sejarah melayu ni memang seronok apa..teringat zaman sekolah nak exam sejarah perggghhh habis fakta nak hafal...orang kata nak jadi lawyer ni kena lulus sejarah..(betul ke ? ) apa kaitan lawyer dgn sejarah yea...agak2nya mesti ada kaitan nya,klo tidak takkan ada orang kata sebegitu kan...masakan pokok akan bergoyang jika tiada angin nya...hahahahah sejarah melayu betul...mari kita baca sejarah melayu...jeng jeng jeng !!!!!!!


‘Chin Peng anak kelahiran Tanah Melayu, ketika membesar telah terserap
dengan mood anti penjajah yang amat kuat. Mood anti penjajah yang ada pada
beliau bukan setakat membebaskan negara tetapi lebih tinggi menjadi mood
fahaman pengurusan ekonomi menentang fasis kapitalisme dan menghanyutkan
beliau ke fahaman komunisme dengan dalam. Chin Peng percaya dengan fahaman
Komunisme negara ini mampu di urus dengan lebih baik kerana pada
kepercayaannya Komunisme lebih humanis dan menjamin hak sama rata bukan
seperti kapitalis yang hanya menjamin hak pemodal besar Lantas atas
kenyakinan kuatnya beliau menentang penjajahan British dengan sepenuh daya
dan pemikiran beliau.’


Pada 21 Jun yang lepas telah di adakan satu majlis yang kononya ‘amat bermakna’ di
tepi jalan, Jalan Kuala Kubu – Bukit Fraser.


Pegawai Daerah tersebut, Nor Hisham Dahlan (yang mungkin sudah siap menangani
semua aduan penduduk dan pembayar cukai setempat) telah hadir bersama dengan
anggota Persatuan Bekas Perajurit Tentera Malaysia untuk memotong reben merasmikan
terletaknya papan tanda lokasi pembunuhan Henry Gurney di Batu 56 ½, Jalan Kuala
Kubu – Bukit Fraser.


Maka sesiapa yang melalui jalan tersebut pada waktu itu pasti akan terkejut dengan
kehadiran anggota agak ramai polis dan tentera yang turut diarahkan hadir meraikan
perletakan papan tanda tersebut yang mewirakan Henry Gurney. Mana tidaknya jalan
yang sehari – hari sunyi dan lengang tiba – tiba kelihatan ramai anggota
beruniform bukan kerana kemalangan tetapi kerana meraikan sebuah pana tanda.


Sudah tentu bersungguh – sungguh lagi majlis ini apabila ia dibuat ketika semangat
menolak Chin Peng pulang ke Malaysia.


Pertama sekali, siapa dia Henry Gurney yang nak diagungkan kematiannya ini? Henry
Gurny ialah warga kelahiran British. Dia dibesarkan dalam keluarga bangsawan yang
percaya bahawa bangsa mereka gagah dan kuat serta berdaulat. Maka semua bangsa
lain perlu tunduk kepada kekuasaan bangsawan British. Di besarkan dengan
persekitaran Eropah masih dipenuhi hamba abdi dari Asia dan Afrika.


Sebelum dihantar bertugas di Malaysia beliau merupakan Ketua Pentadbiran Inggeris
di Palestin (1946 – 1948). ‘Jasa’ beliau yang harus kita tidak lupa ialah menjadi
antara perancang membawa masuk bangsa Yahudi khususnya yang berfahaman Zionis
untuk menjadikan Palestin sebagai kawasan perlindungan. Tanah rakyat Palestin
dirampas untuk menjadi perlindungan Yahudi yang kononya dizalimi di Eropah. Dari
hanya kawasan perlindungan, ‘berkat’ usaha gigih Henry Gurney pada tahun 1948
tertubuhlah negara zionis Israel lakhanat.


Atas kecekapan beliau memperdaya arab Palestin dan menubuhkan negara Israel maka,
Henry Gurney telah dinaikkan pangkat menjadi Pesuruhjaya Tinggi Inggeris di Tanah
Melayu pada 13 September 1948.


Perlantikan beliau ke jawatan nombor satu di Tanah Melayu oleh British dengan
harapan mampu terus memperdaya penduduk Tanah Melayu untuk terus mempertahankan
sistem kapitalis dengan menolak unsur komunisme yang anti imperialis serta paling
penting mematahkan gerakan kemerdekaan anti penjajah yang tidak seiring dengan
kapitalisme amalam British.


Sejak September 1948 bukan sedikit pejuang kemerdekaan ditangkap, dipenjara dan
dibunuh oleh Henry Gurney dengan menabur fitnah bahawa mereka pengganas dan
menentang negara.


Ingat negara atau kerajaan pada masa itu ialah kerajaan penjajah British. Banyak
kumpulan yang bangkit menentang penjajah dilabel komunis dan pengganas. Memang
tidak dinafikan fakta sejarah ada kumpulan yang membuat keputusan membebaskan
negara dengan memikul senjata dan masuk ke dalam hutan.


Itupun atas perbagai faktor. Bayangkan pertubuhan atau gerakan kemerdekaan negara
diharamkan,ramai pemimpin gerakan kemerdekaan ditangkap dan ada yang mati dan
hilang tanpa dikesan. Selaku pemimpin pada masa itu hanya ada 3 pilihan, bergabung
bersama badan siasah yang direstui penjajah atau menanti ditahan (mungkin dibunuh)
atau masuk ke hutan pikul senjata pertahankan prinsip.


Untuk memutuskan bantuan kepada pihak yang menentang dari dalam hutan. British
memperkenalkan sistem kampung baru, masyarakat dipaksa pindah ke dalam kawasan
penempatan baru yang berpagar duri dan di bawah kawalan senjata.


Ada rekod kebun orang asal dan penduduk di pinggir hutan dibakar kerana takut
menjadi sumber makanan pasukan bersenjata menentang penjajah. Orang asal dan
penduduk kampung dipinggir hutan diugut jangan bekerjasama dan dimainkan ilusi
bahawa pasukan bersenjata di dalam hutan yang menentang penjajah jahat dan ganas.


Tanpa menafikan memang ada juga rekod keganasan dari pasukan bersenjata yang
menentang penjajah.


Tidak cukup dengan itu didatangkan tentera upahan dari luar negara yang turut
dijajah British untuk mempertahankan ‘keamanan’ dan ‘kestabilan’ kerajaan penjajah
British. Maka wujudlah tentera Gurkha dan perbagai tentera luar yang sama
membelasah pasukan bersenjata yang anti penjajah tidak kira mereka berideologi
apa.


Dari 1948 – 1951, British bangga dengan Henry Gurney yang berjaya bukan sahaja
mengekang tentangan bersenjata malah berjaya memainkan ‘psywar’ untuk mengheret
sama anak tempatan mempertahankan Kerajaan penjajah British dengan perang anti
Komunis nya, sedangkan kita perlu tahu dan sedar ada juga guru agama yang menanam
sentimen anti penjajah turut ditangkap dan dikatakan terlibat dalam kegiatan
komunis.


Ini tidak dapat dinafikan sehingga sekumpulan mereka yang berpendidikan agama juga
telah membuat keputusan masuk hutan menyertai Regimen ke 10 menentang penjajah
British.


Henry Gurney begitu menikmati zaman kegemilanganya di Tanah Melayu. Dia dipuja dan
dikawal umpama ‘Presiden Tanah Melayu’. Bergerak ke mana – mana dengan koleksi
kereta mewahnya seperti Rolls Royce yang bangga terkibar Union Jack (bendera
penjajah) didepanya.


Pada 7 Okotober 1951, semua kemegahan Henry Gurney musnah apabila beliau mati
dengan tembakan dalam satu serang hendap oleh pasukan bersenjata Parti Komunis
Malaya yang serangan itu dikatakan diketuai oleh Chin Peng.


Tepat 12 kilometer sebelum sampai pusat peranginan mewahnya di Bukit Fraser beliau
ditembak mati, namun isterinya yang turut berada di dalam kereta tidak
dicederakan.


Sejurus selepas itu semua tentera baik anak watan mahupun tentera upahan asing
digerakkan secara besar – besaran memburu ‘pengganas’ komunis. Digambarkan
ganasnya komunis ini sehingga saggup membunuh Henry Gurney.


Lupakah kita Henry Gurney ialah antara manusia yang mencipta negara Israel yang
sehingga kini menjadi masalah dunia.


Di bawah ini diperturunkan ayat di perenggan ke dua di papan tanda yang dengan
bangga diletakkan mengenang tempat kejadian pembunuhan Henry Gurney.


“Henry Gurney bersama isterinya dan setiausaha peribadi D.J Stapler bertolak
dari Kuala Lumpur menuju ke Bukit Fraser untuk urusan rasmi dan berehat.
Apabila kereta Rolls Royce yang membawa rombongan Gurney itu dengan kibaran
bendera ‘Union Jack’ oleh Konstable Mohd Din sedang mengambil selekoh s di
bt. 56 ½, kira – kira 8 batu dari Bukit Fraser tiba – tiba Rolls Royce
menjadi sasaran peluru pengganas komunis”


Ayat di atas menggambarkan kita tidak pernah belajar untuk menulis sejarah
sendiri. Tulisan penjajah yang merakam sejarah kita salin bulat – bulat. Kita
bangga dengan kibaran Union Jack. Ada rekod Henry Gurney mati dan isterinya
selamat tetapi apa nasib Mohd Din yang diperdaya menjadi pemandu lantikan
penjajah, kita tidak kisah.


Bukankah sebagai anak Malaysia kita harus bangga antara manusia yang menyebabkan
tertubuhnya negara Zionis Israel mati dan darahnya dipaksa menyimbah bumi kita.


Ini juga berlaku kepada Ust. Ibrahim Libya yang dibunuh mati kerana dituduh
komunis, hanya kerana kepercayaan bahawa negera ini bukan negara Islam dan dia
tidak mahu ditangkap ISA kerana kepercayaannya itu. Dia ahli PAS, pondok tempat
dia mengajar menjadi Markas PAS.. Namun regim warisan penjajah ini menggerakkan
‘aparat’ bersenjata membunuh bukan sahaja Ust. Ibrahim Libya tetapi pengikutnya
tidak kira perempuan atau orang tua mahupun kanak – kanak. Mana lebih kejam
serangan Chin Peng ke atas rombongan Henry Gurney (penjajah) tanpa membunuh
isterinya atau serangan ‘aparat’ bersenjata Regim Bn ke atas pondok agama di
Baling Kedah dibawah arahan Musa Hitam dan Mahathir Mohamad ?


Dalam mengangkat sejarah kita perlu jujur. Jangan gunakan sejarah untuk menakutkan
ganerasi selepas itu atau mencari siapa yang salah, siapa yang benar ? Siapa kita
yang hendak menjadi hakim kepada sejarah, tetapi sejarah perlu diangkat menjadi
pengajaran …..agar bangsa kita ini menjadi bangsa yang kuat…… kesilapan dalam
merakam sejarah harus dihentikan.


Tidak benar kemerdekaan negara pada tahun 1957 diperolehi hanya dengan
runding-runding atau bincang – bincang sahaja. Mengangkat fakta salah ini umpama
menghina sejarah perjuangan bangsa sendiri. Kemerdekaan ini telah dipaksa
diberikan oleh penjajah setelah tidak tahan dengan tekanan yang diterima. Dari
penentangan awal seperti Tok Janggut, yang difitnah sebagai penentang dan
pengganas sehingga tokoh agama ini dihukum mati digantung terbalik dan mayatnya
dibiar berhari – hari. Sehinggalah penentangan tekanan Parti Komunis Malaya
mahupun gerakan politik seperti Melayu Muda, API , AWAS dan seumpamanya. British
tidak punya banyak pilihan terus menjajah secara konvensional dan berdepan dengan
tentangan rakyat yang mula meningkat atau mencari satu pewaris yang mampu
mentadbir negara ini dengan imej tempatan tetapi dengan syarat mampu menjaga
polisi kapitalisme British. Maka British telah memilih untuk mengharamkan semua
pertubuhan pro kemerdekaan yang tidak mampu menjaga kepentingan British dengan
perbagai label dengan hanya membenarkan beberapa organisasi politik yang mampu
menjaga kepentinganya bergerak dan mendapat kemerdekaan darinya.


Henry Gurney mendapat layanan begitu istimewa di tanah ini sama ada ketika hidup
atau ketika sudah mati. Bukan setakat jalan, sekolah, bangunan dinamakan dengan
namanya malah tempat dia mati yang selama ini terlupa diletakkan makamnya sudah
diletakan baru baru ini. Adakah ‘regim warisan penjajah’ ini tidak tahu akan
sejarah Henry Gurney dan kaitannya dengan kekejaman Zionis atau ‘regim’ ini tidak
kisah dengan kekejaman zionis.


Melihat kepada beberapa perkembangan ia lebih kepada regim warisan penjajah ini
tidak kisah.


Ramai mungkin tidak percaya dan mengatakan bloggers hanya menulis berdasarkan
sentimen bukan fakta.


Secara mata kasar sememangnya negara ini kelihatan anti Amerika , anti – Zionis
yang kuat. Itulah gambaran media negara ini membentuk persepsi kepada rakyat
sendiri.


Lihat sahaja selepas ucapan ‘berapi – api’ Dr. Mahathir menghentam barat dan
Amerika dalam satu Perhimpunan Agong Amno media tempatan terus memainkan ucapan
tersebut seolah ucapan itu juga menjadikan Dr.Mahathir hero negara Islam.
Malangnya ramai tidak tahu bahawa selepas itu Dr.Mahathir membazirkan jutaan wang
rakyat untuk membayar Jack Abramoff, Heritage Foundation, kumpulan pelobi Yahudi
(zionis) untuk melobi sehingga membolehkan Dr.Mahathir berjumpa dengan Bush buat
beberapa minit dan menjelaskan ucapanya. (sila membaca lanjut isu pelobi yang
dibayar untuk membolehkan bertemu Bush). Tradisi menggunakan pelobi tersebut juga
diteruskan dengan bayaran jutaan ringgit oleh Abdullah kepada Jack Abramoff untuk
membolehkan beliau berjumpa Bush.


Jack Abramoff telah dijatuhkan hukuman bersalah di Mahakamah di Amerika kerana
mengumpul bayaran melampau dan cara salah sebagai pelobi dan dalam fakta kes
beliau di mahkamah ada tercatat kes Malaysia membayar beliau.


Masih ingatkah kita, dengan insiden menantu Abdullah Badawi pada 2006 yang membawa
pemuda Bn berkumpul di depan KLCC membuat demonstrasi menghalau Condoleezza Rice .
Khairy yang patah tangan pada ketika itu diberikan imej juara anti Amerika dengan
mengumpulkan anak muda menghalau pemimpin Amerika yang dibawa masuk oleh bapa
mertuanya. Tindakan Khairy seolah menggambarkan Malaysia benar anti Amerika , Anti
Zionis Israel. Namun ramai yang tidak tahu pada waktu yang sama tentera Amerika
sedang berada di Johor ‘berseronok’ mengukur tanah negera ini dalam sesi latihan
ketenteraan.


Ketika keganasan Israel memuncak semula baru – baru ini, regim warisan penjajah
yang memerintah negara ini cuba menggambarkan bahawa negara ini serius menentang
dan ingin melumpuhkan negara Zionis itu. Maka rakyat pun di ajak jangan makan KFC
(walaupun KFC itu milik saham terbesar anak tempatan), jangan makan Mc Donald atau
jangan minum coke.


Boikot itu kuasa pengguna tetapi boikot barangan kecil tidak akan ada sudahnya.
Jika berani halang saja barangan tersebut masuk ke Malaysia…sudah tentu tidak
berani….


Malaysia sebenarnya tidak kisah, tahu atau tidak banyak kontrak atau hubungan
perniagaan yang lebih besar dari setin coca cola yang agihan kek ekonominya tidak
dirasai rakyat tempatan tetapi terus masuk ke poket zionis berlaku di Malaysia.


Selain yang diterangkan sebelum ini Jack Abramoff (pelobi Yahudi pro Zionis),
regim ini punya kaitan rapat dengan Saatchi & Saatchisebuah agensi
perunding/pengiklanan multi nasional yang pro Zionisme. Syarikat tersebut menjadi
perunding imej dalam beberapa siri pilihanraya yang bertanggungjawab mencari
teknik kempen dan pengiklanan untuk kempen regim Bn. Syarikat yang sama juga
terlibat dalam banyak projek kerajaan.


CIMB sebuah syarikat kewangan yang dimiliki oleh adik Najib Tun Razak telah
menadatangani kontrak bernilai USD 250 juta kepada sebuah syarikat yang
berpengkalan di Israel. CIMB telah menyumber luarkan pengurusan Jabatan IT nya
kepada EDS (electronic data system) selama 10 tahun. (siapa EDS? )

Hubungan CIMB dengan EDS bukan sahaja tidak mempedulikan keganasan Israel Zionis
tetapi turut memangsakan pekerja CIMB sendiri yang dibuang kerana Jabatan IT
disumberluarkan.

EDS telah ditubuhkan pada tahun 1995 dan berngpengkalan di Herzelyia, Israel.
Syarikat ini jugalah merupakan syarikat yang mengendalikan sistem komputer polis,
ketenteraan dan pertahanan Israel. Malah ia juga terlibat dalam industri
persenjataan Israel. Dan hubungannya dengan Malaysia dirakamkan dengan bangga
dalam Laporan Tahunan CIMB 2008.


Sudahlah kita telah lama sangat dibodohkan……………… Kini masa anak muda untuk bangkit
melawan kebodohan….Kita seharusnya bosan dengan memu momokan ‘perkauman’ yang
sudah disajikan berulangkali sejak zaman penjajah lagi kemudian di ulang – ulang
oleh regim pewaris penjajah ini.


Konsep satu Malaysia harus didokong, tetapi bukan satu Malaysia versi Najib yang
hanya retorik sebaliknya kita harus mendokong satu Malaysia yang mempunyai kemerdekaan minda di dalam diri kita..


Bangsa yang kuat ialah bangsa yang merdeka mindanya.

0 comments: