BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, October 11, 2009

Tudung muslimah dan cawat besi


Dalam Islam, agama mengatasi raja atau sultan atau pemerintah. Pemerintah bertanggungjawab membela agama, bukan mengongkong agama. Hukum-hakam agama tidak terikat di bawah kerestuan atau limpah perkenan pemerintah atau raja. Sebaliknya “Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya”.

Maka tidak pelik dalam sejarah Islam, para ulama berkata tegas dan berani di hadapan raja atau sultan atau khalifah tentang sesuatu hukum sekalipun tidak mendapat restu istana. Hanya ulama-ulama cari makan sahaja di sepanjang sejarah menjadi alatan atau ‘hamba’ raja atau penguasa.

Di Prague, ada muzium khas yang mempamerkan alat-alat penyeksaan yang digunakan pada kurun pertengahan. Muzeum Of Medieval Torture tersebut menggambarkan betapa tidak berhati perut para pelaksana hukuman tersebut. Antara yang ngeri adalah gergaji yang digunakan untuk mengergaji dari celah kelengkang orang yang di hukum. Juga alatan sula yang menakutkan. Begitu juga sikat besi yang digunakan untuk menyikat jasad mangsa sehingga terpisah antara daging dan tulangnya.

- Gergaji Siksaan

Melihat itu semua mengingatkan saya kepada hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari di mana Nabi s.a.w pernah menceritakan peri kesabaran para pejuang agama yang terdahulu. Kerakusan itu nampaknya terus diwarisi oleh zaman pertengahan Eropah. Sabda Nabi s.a.w.:

“Sesungguh di zaman terdahulu, seorang lelaki dibuat lubang untuknya dalam tanah lalu dimasukkannya, lalu dibawa gergaji diletakkan atas kepalanya (digergaji) sehingga terbelah dua. Dia disikat dengan sikat besi sehingga terpisah antara daging dan tulangnya. Namun itu semua tidak membuatnya meninggalkan agamanya”.

Antara yang menarik yang dipamerkan adalah cawat-cawat besi yang dipakaikan kepada isteri-isteri tentera yang pergi berperang menentang tentera Islam di Palestin. Barangkali kerana tidak percayakan kesetiaan isteri-isteri mereka, maka cawat besi berkunci dipakaikan. Ia begitu menyeksa, begitu menyusahkan untuk bergerak, apatah lagi ke tandas. Pada musim sejuk, tidak dibayangkan bagaimana menderitanya wanita-wanita yang dipaksa pakai cawat-cawat tersebut.


- Cawat Besi

Itulah layanan yang diberikan kepada wanita Eropah pada zaman dahulu. Bagi mereka yang begitu mengagungkan pemikiran ‘orang eropah’ tentang wanita, jangan lupa bahawa mereka baru sahaja keluar dari kegelapan lampau yang menzalimi wanita dengan begitu rakus.

Malangnya, mereka memang telah keluar dari kegelapan itu, namun wanita mereka sekarang dimasukkan kegelapan baru di mana harga diri dan maruah menjadi begitu murah. Majalah dan akhbar saban hari menayangkan tubuh-tubuh yang muda dan cantik untuk menarik perhatian ramai demi keuntungan golongan‘pemodal’ yang hanya memikirkan wang, tanpa menilai kesannya ke atas masyarakat.

Sesetengah golongan ‘liberalis terlajak’ yang mengkritik pakaian yang dipakai oleh wanita muslimah kononnya mengongkong kaum wanita, sepatutnya tahu bahawa tudung dan pakaian yang menutup aurat itu tidak pernah mengganggu wanita beriman. Betapa ramai yang memakai tudung yang sempurna berjaya dalam merebut persaingan kehidupan mereka. Betapa ramai dalam kalangan mereka yang menutup aurat yang sempurna itu mencapai kemuncak kejayaan dalam kerjaya dan rumahtangga.

Jika kebahagiaan dunia yang diburu itu yang menjadi sukatan, tiada sebarang data yang menunjukkan wanita muslimah yang bertudung kurang berjaya daripada yang tidak bertudung. Jika nikmat seks yang hendak diukur, adakah sesiapa yang berani menyatakan wanita bertudung kurang menikmati seks dibandingkan wanita lain?

Janganlah apabila golongan ‘liberalis terlajak’ ini membaca perjuangan reformis Eropah membebaskan kongkongan terhadap wanita mereka, cuba hendak mengutip semuanya. Pakai cawat besi tidak sama dengan pakai tudung kepala. Cawat besi tidak mungkin dilakukan oleh manusia berhati perut, tetapi tudung ada nilai kesopanan dan kesusilaannya. Sehinggakan golongan rahib wanita atau ‘nun’ juga memakai tudung.

Mungkin ada pihak yang mempunyai pendapat yang berbeza tentang tudung, tetapi nas-nas Islam yang difahami oleh majoriti umat ini sejak dahulu sehingga sekarang menyuruh wanita muslimah agar tidak mendedah tubuh mereka melainkan wajah dan kedua tangannya. Adapun purdah, saya antara yang menganggap ia tidak diwajibkan oleh agama ini. Mungkin ia boleh dianggap mengongkong di zaman ini. Pun begitu, ia masih tidak sama dengan cawat besi para isteri tentera Kristian pada zaman pertengahan.

Sebenarnya Islam telah lama membebaskan wanita dari kegelapan kepada cahaya yang menerangi kehidupan manusia. Malangnya, di sesetengah negara adat istiadat kaum telah mengambil tempat agama. Wanita diwajibkan apa yang tidak diwajibkan oleh agama. Adat telah mengongkong mereka, seperti mana adat telah mengongkong wanita melayu zaman dahulu dan wanita sesetengah negara Arab di zaman kini.

Kefahaman agama yang sempit juga, sering memangsakan wanita. Demikian di Malaysia, pengurusan agama seperti ‘mahkamah yang bernama syariah’ yang melewatkan kes-kes talak sehingga seseorang wanita terpaksa berkurung nafsu bertahun lamanya adalah cawat besi halimunan yang dipakaikan kepada wanita beriman secara kejam.

Friday, October 2, 2009

Payu Dara membengkak....apa sebabnya?

woiiiii apa jadi ni..so u all tgk lah..minah ni nak kecikkan payu dara hahahahahahaha ...org2 malaysia ni ramai nak besar besar kan..botot sana sini..apa kes


Payudara Membengkak, Model Playboy Kesal
Jumat, 2/10/2009

LOS ANGELES, KOMPAS.com — Kendra Wilkinson, mantan model Playboy, dibuat kesal dengan bentuk payudaranya yang kian hari kian membesar akibat pengaruh dari kehamilannya.

"Saya ingin payudara ini berhenti tumbuh. Mereka (payudara) seperti terus membesar," katanya.

"Saya tahu, mereka akan menyusut setelah saya menyusui nanti. Tapi jika tidak, mungkin saya akan melakukan pengecilan payudara," tambahnya.

Di sisi lain, perempuan yang juga mantan kekasih Hugh Hefner, pemilik majalah
Playboy itu, justru mengaku senang dengan bentuk bokongnya yang makin penuh. "Saya begitu bahagia. Coba saja cek bokong saya. Dia (si jabang bayi) menyukainya. "Yeah, lihat bayi ini sekarang!"

Kendra Wilkinson dijadwalkan akan melahirkan anak pertama buah cintanya dengan Hank Baskett pada perayaan Natal mendatang. Berdasarkan hasil pemeriksaan kandungan, dokter memastikan bahwa bayi pertama mereka berjenis kelamin laki-laki dan dalam kondisi sehat. "Ini terasa aneh. Matanya mulai membuka, paru-parunya sudah berkembang penuh, dan dia terus menendang!" ujar Kendra senang.

Kendra dan suaminya berencana memberi nama anak mereka dengan Hank Baskett IV

black menulis lagi

lama sudah aku tak menaip ni ..terlalu sibuk dengan hal2 dunia yg sementara ini..

Aku redha dgn apa yg ditetapkan olehNya..aku cuba luang2kan masa untuk menaip agar minda aku ni tak kosong dgn ilmu2 kurnianNya...

Wednesday, July 22, 2009

Pemburu coli anak dara

MOHD. YUSUF menunjukkan antara pakaian dalam anak dara ditemui di Bukit Mak Samah, Kemaman semalam.


KEMAMAN - Beberapa anak gadis di beberapa buah kampung sekitar Binjai di sini, 'bingung' kerana seluar dalam dan coli mereka yang dijemur di ampaian kerap hilang sejak seminggu lalu.

Kejadian pelik itu dipercayai dilakukan suspek yang dikatakan seorang yang gila seks serta kemaruk pakaian dalam anak dara atau untuk tujuan ilmu hitam.

Bagaimanapun, kehilangan 'barangan peribadi' itu berjaya dikesan ekoran penemuan beberapa coli dan seluar dalam pelbagai saiz dan warna di Bukit Mak Samah di sini semalam.

Penemuan itu dimaklumkan oleh seorang penduduk, Mohd. Yusuf Yasa', 43, yang terkejut melihat pakaian dalam diikat pada sebatang ranting kayu yang dipacak di kawasan terpencil itu semalam.

Menurut beliau, ketika bersiar-siar di bukit itu, dia ternampak objek yang pada mulanya disangka bendera kecil.



Apa kes la ko ni nak belajar2 ilmu hitam ni..ilmu hisab pun ta habis belajor...kah kah kah kah kah...nasib la aku tinggal kat rumah flat..klo tak habis coli kena kebas hahahahaha

Sunday, July 19, 2009

PPSMI satu kesilapan!!!!

Petikan dari Utusan meloya- Setelah enam tahun menjalani “tempoh percubaan” akhirnya dasar Pengajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) dimansuhkan baru-baru ini. Selepas Kementerian Pelajaran mengambil tindakan berani itu, masih ada lagi pihak yang mahu mengembalikan PPSMI dalam sistem pendidikan di negara ini.

Selepas kajian secara ilmiah telah dilakukan oleh Permuafakatan Badan Ilmiah Nasional (pembina) menunjukkan lebih banyak kesan buruk daripada baiknya PPSMI, kerajaan diminta supaya jangan berpatah balik sekalipun ada desakan daripada pihak tertentu.

Tokoh akademik, Profesor Diraja Ungku Aziz berkata, keputusan memansuhkan PPSMI adalah suatu yang sangat tepat dan memuaskan hati semua pihak. Malah langkah ini juga ke arah mewujudkan perpaduan menerusi penggunaan satu bahasa iaitu bahasa Melayu sebagai hubungan antara kaum.

“PPSMI sebenarnya adalah satu kesilapan kerana kita mampu mengajar matapelajaran sains dan matematik dalam bahasa Melayu. Universiti Malaya telah melahirkan banyak pensyarah dalam pelbagai bidang dengan menggunakan bahasa Melayu,” tegas Ungku Aziz ketika diwawancara oleh wartawan Mingguan Malaysia, KU SEMAN KU HUSSAIN dan HAFIZAHRIL ABDUL HAMID di kediamannya di Petaling Jaya Jumaat lalu.

Bekas Naib Canselor Universiti Malaya ini juga membayangkan sekiranya PPSMI diteruskan pelajar-pelajar Melayu di desa akan terpinggir dan berhenti sekolah.

“Kalau PPSMI tidak dimansuhkan, pelajar-pelajar Melayu terutama di desa akhirnya menjadi pekerja kelas bawahan, itu pun mungkin susah,” kata Ungku Aziz lagi.

MINGGUAN: Apa pandangan Pak Ungku mengenai keputusan memansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dan kembali menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar?

UNGKU AZIZ: Bagi saya ini adalah satu keputusan yang amat tepat dan mampu memuaskan hati semua pihak di negara ini. Sepatutnya tidak ada lagi mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan apa yang telah kerajaan lakukan kerana ia mengambil kira kepentingan negara dan kemahuan majoriti rakyat. Sebelum ini saya telah memberikan beberapa ceramah tentang perkara ini dan paling terbaru di Bankers Club. Apa kesan dan implikasinya terhadap sosial politik negara ini. Pada pandangan saya bagi mengukuhkan perpaduan kita perlu kembali pada satu bahasa yang boleh digunakan semua warganegara.

Selepas ceramah saya di Bankers Club di Bukit Bintang, saya keluar dari bangunan itu kita boleh dengar pelbagai bahasa yang diucapkan termasuklah bahasa Hokkien, Mandarin dan sebagainya termasuklah bahasa Melayu. Tapi kalau kita perhatikan di kawasan Bukit Bintang, mereka yang bercakap dalam bahasa Melayu ini tidak ramai, belum lagi di Jalan Petaling.

Mereka ini menggunakan bahasa Mandarin tetapi dalam banyak dialek dan kalau cakap Melayu pun dalam bentuk rojak dan bercampur-campur. Jadi bagi saya perkara utama yang saya ingin tekankan ialah perpaduan negara ini masih belum wujud dengan memuaskan. Maka definisi perpaduan negara ini cukup susah. Saya sendiri rasa kurang jelas. Apa yang dimaksudkan dengan perpaduan negara?

Kalau semua orang boleh bercakap bahasa Melayu, itu akan membantu usaha mewujudkan perpaduan negara. Tapi setakat ini ia belum menuju ke arah itu. Secara asasnya perpaduan negara ini hanya sekitar kita, misalnya tidak melihat pergaduhan antara kaum dan hidup dalam aman damai. Setakat ini toleransi yang ditunjukkan oleh orang Melayu tinggi berbanding kaum-kaum lain. Namun sama ada ia baik untuk orang Melayu menunjukkan toleransi sebegini ia masih menjadi persoalan. Jika tahap toleransi itu naik terlalu tinggi ia akan meletup. Kita kena ingat perkara ini sebagai orang Melayu dan ini yang berlaku ketika peristiwa 13 Mei.

Namun Alhamdulillah, toleransi orang Melayu sangat tinggi jika tidak ada banyak masalah. Kalau ada masalah terutama membabitkan politik orang akan menuding kepada pihak tertentu seperti MCA dan PKR. Orang kata kita tidak boleh cakap tentang kaum-kaum tetapi jika kita lihat senario sebenar kita akan nampak. Saya berpandangan Malaysia merupakan satu contoh baik negara yang wujud toleransi tetapi toleransi ini perlu wujud dalam bentuk yang kuat dan tidak hanya membabitkan satu kaum sahaja.

Kita ambil contoh di sekolah-sekolah matapelajaran diajar dalam bahasa Mandarin seperti yang diterima oleh Menteri Pelajaran. Namun mereka juga perlu bertutur dan bertukar-tukar fikiran dalam bahasa Melayu tanpa ada pilihan lain untuk asas perpaduan. Namun untuk memperoleh pengetahuan dan ilmu banyak yang kita boleh pelajari dengan menggunakan bahasa Melayu.

Universiti Malaya pernah melakukannya pada tahun 1974-1975 para pelajar boleh belajar dalam bahasa Melayu termasuklah pelajar jurusan kejuruteraan dan kedoktoran. Semua ini dilakukan dalam bahasa Melayu dan contoh lain kita boleh ambil Pusat Asasi Sains dan ia terbukti berjaya. Namun datang pula kelompok lain 10 tahun kemudian menukar sistem pembelajaran kepada bahasa Inggeris.

Setelah kita memberi masa enam tahun PPSMI berjalan, kepada Pak Ungku apa kelemahan ketara dasar ini?

UNGKU AZIZ: Sebenarnya semua ini bermula apabila arahan dikeluarkan supaya matapelajaran Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Inggeris oleh kepimpinan sebelum ini. Bagi saya ini seolah-olah ada satu magic untuk membolehkan pelajar-pelajar berbahasa Inggeris dengan lebih lancar dan mudah. Ketika itu semua orang akur dengan arahan dan tidak ada sesiapapun yang berani menolaknya termasuklah para menteri. Ramai yang tidak bersetuju dengan pelaksanaan ini tetapi tidak ada yang berani melawan.

Saya telah diberikan satu kajian yang dijalankan Permuafakatan Badan Ilmiah Nasional (Pembina) mengenai PPSMI. Tujuh universiti terlibat dalam kajian ini dan kajian ini telah diberikan kepada Menteri Pelajaran sendiri. Segala butiran yang dikeluarkan adalah berdasarkan fakta. Kajian ini mendedahkan semua kelemahan yang berlaku akibat dari pelaksanaan PPSMI selama enam tahun termasuklah kekurangan guru, serta kelemahan pelajar di desa.

Kita ambil contoh matapelajaran Matematik, ia merupakan satu bahasa simbolik. Ia hanya membabitkan simbol sahaja dan tidak banyak menggunakan perkataan. Kita tidak gunakan perkataan tambah tapi simbol seperti juga simbol bahagi, Algebra dan sebagainya. Orang boleh membuat penilaian hanya berdasarkan simbol namun bagi mereka yang tidak tahu tentang simbol ini mereka tidak boleh membuat perkiraan Matematik. Oleh itu pelajar kena belajar tentang simbol dan bukan belajar bahasa dalam matapelajaran Matematik.

Bagaimana pelajar yang menggunakan bahasa simbol dalam Matematik boleh pandai bahasa Inggeris? Kita lihat orang Cina mahir dalam Matematik, ini kerana dalam penggunaan bahasa dan tulisan mereka banyak simbol daripada huruf. Maka jika para pelajar Melayu dipaksa belajar dalam bahasa Inggeris mereka ini akan lebih terbeban. Mereka perlu belajar Matematik misalnya tetapi pada masa yang sama mereka perlu belajar bahasa Inggeris.

Semasa saya menjadi Naib Canselor Universiti Malaya dahulu saya pilih budak kampung untuk ambil kursus Asasi Sains kerana tidak ramai yang hendak mengambil kursus ini. Mereka diajar selama dua tahun dalam bahasa Melayu dan selepas itu masuk ke fakulti. Dan terbukti mereka ini boleh belajar kursus seperti kejuruteraan dan sebagainya. Tidak ada masalah malah ramai kalangan mereka kini menjadi profesor dan mengajar anak-anak Melayu kita.

Apa pula masalah yang perlu ditangani segera selepas pengajaran dua mata pelajaran itu dalam bahasa Melayu?

UNGKU AZIZ: Dari segi kelengkapan tidak banyak masalah. Ini kerana banyak buku telah diterbit dan diterjemah ke bahasa Melayu. Ini termasuklah kamus-kamus seperti kamus biologi, kejuruteraan dan sebagainya. Bagi saya yang perlu ditekankan adalah pengajaran bahasa dan bukan mengajar bahasa dalam matapelajaran seperti Matematik dan Sains.

Kita ambil contoh kanak-kanak yang memasuki sekolah rendah, penguasaan kosa kata mereka tidak banyak. Tetapi mereka akan belajar lebih banyak dan mampu menulis ayat setelah bersekolah untuk beberapa tahun. Selepas itu mereka ini sudah berkeupayaan untuk bercakap dan selepas masuk sekolah menengah mereka sudah boleh bercakap tentang perkara- perkara yang abstrak. Ini kerana mereka telah belajar perkara-perkara ini secara beransur-ansur dan keupayaan mereka semakin berkembang setelah belajar. Pelajar ini perlu didedahkan dari awal penggunaan bahasa Melayu tidak kira mereka ini orang Cina, Melayu atau kaum lain.

Kita perlu faham bahawa bahasa Melayu dan bahasa Inggeris adalah dua bahasa yang sangat berlainan. Tatabahasa Inggeris banyak diceduk dari bahasa Perancis, Jerman dan bahasa Scandinavia. Dan kemudiannya ia banyak diperbetulkan oleh pujangga agung mereka William Shakespeare kemudiannya barulah ada bahasa Inggeris yang sebenar. Shakespeare merupakan bapa kepada bahasa Inggeris moden dan ia berlaku sekitar kurun ke-17. Tetapi bahasa Melayu sudah ada pada masa itu. Bahasa Melayu sudah digunakan oleh orang Melayu di rantau ini serta di Fiji dan Madagascar. Saya sudah melawat tempat-tempat ini serta melihat buku mengenai nahu mereka dan banyak perkataan Melayu digunakan. Mengikut kajian saya bahasa Melayu sudah wujud lebih dari 1,000 tahun.

Jika kita lihat Angkor Wat di Kemboja, penduduk mereka telah menggunakan bahasa Melayu yang kebanyakannya diambil dari bahasa Sanskrit. Jadi, saya tidak nampak kenapa dengan menggunakan bahasa Melayu kita tidak boleh maju. Saya hairan kenapa kita perlu menggunakan bahasa Inggeris sebagai medium utama pendidikan.

Apa akan jadi jika PPSMI ini diteruskan? Adakah sekadar pelajar kita bijak berbahasa Inggeris dan bahasa Melayu mereka teruk atau pelajar Melayu sendiri yang akan hancur?

UNGKU AZIZ: Jika diteruskan orang Melayu akan hancur. Dalam kajian yang dilakukan oleh Pembina, kumpulan anak Melayu di kawasan desa (luar bandar) akan terus terpinggir dan ramai mereka akan berhenti sekolah dan mungkin berakhir hanya sebagai pemandu dan pekerja kelas bawahan. Itu pun mungkin susah. Ini kerana mereka tidak mampu untuk mengikut rentak perubahan yang ingin dilakukan melalui PPSMI. Mereka ini tidak berupaya untuk belajar matapelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris dengan cepat seperti pelajar di kota apatah lagi dengan masalah-masalah lain seperti kekurangan guru dan peralatan. Maka bagi saya keputusan yang dilakukan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah satu keputusan yang berani dan tepat. Para pelajar akan tetap menggunakan kedua-dua bahasa cumanya ia akan diperbaharui.

Keputusan yang dibuat adalah berdasarkan kajian yang mendalam tapi ini tidak bermakna kita berundur ke belakang. Keputusan itu menunjukkan ada keseimbangan iaitu memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan pada masa yang sama kita memperkukuhkan bahasa Inggeris. Bagi saya PPSMI banyak merugikan anak-anak Melayu terutama yang tinggal di desa.

Kalau begitu, benarlah PPSMI adalah satu kesilapan besar yang pernah kita lakukan?

UNGKU AZIZ: PPSMI adalah satu kesilapan. Kita sebenarnya mampu dan boleh mengajar matapelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu. Universiti Malaya telah melahirkan banyak pensyarah dalam pelbagai bidang yang kemudiannya mengajar di universiti lain dalam bahasa Melayu. Tidak ada masalah pun. Pengajaran PPSMI sebelum ini dilakukan dalam pelbagai masalah seperti kurang guru, peralatan dan sebagainya. Masalah juga berlaku akibat dari penambahan pelajar yang ketara berbanding guru yang berkemampuan mengajar dalam bahasa Inggeris. Maka dengan itu kualiti pelajaran dan pengajaran pastinya menurun.

Pelaksanaan bahasa Melayu ini tidak menyeluruh kerana di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil dan Cina, pengajaran Sains dan Matematik digunakan dalam bahasa ibunda. Apa pandangan Pak Ungku?

UNGKU AZIZ: Kita kena faham tentang dialek dari orang Cina dan India tentang perkara ini. Pelajar Cina yang belajar di sekolah rendah mengikut sistem yang sedia ada sekarang belajar mengikut bahasa ibunda. Tapi saya ingin bertanya apakah yang dimaksudkan dengan “bahasa ibunda”? Bagi orang Cina bahasa mereka ialah Mandarin. Apakah bahasa Mandarin itu bahasa Cina? Sebenarnya tidak. Ia (istilah ‘Mandarin’) berasal dari bahasa Melayu.

Saya telah membuat kajian tentang perkara ini. Asalnya bila orang Portugis mahu ke China mereka mahu berjumpa dengan pegawai tinggi dan bertanya apakah status mereka. Jadi orang Portugis di Melaka menyatakan “menteri”. Tapi orang Portugis ketika itu tidak boleh bercakap bahasa Melayu dengan baik.

Jadi perkataan menteri itu disebut kepada “menterin” dan apabila mereka pergi ke negeri China untuk berjumpa dengan pegawai tinggi akhirnya perkataan “menterin” tadi bertukar kepada “Mandarin”. Saya telah menulis tentang perkara ini di dalam majalah Economist di London jadi tidak ada sebarang masalah tentang perkara ini.

Tetapi carilah dalam kamus Cina atau kamus apa sekalipun tentang maksud perkataan Mandarin. Maksud yang tertulis adalah limau mandarin, tidak ada makna lain. Oleh itu tidak ada bahasa Mandarin yang ada hanya bahasa Cina. Para pelajar Cina ini hanya belajar bahasa Mandarin di sekolah tetapi apabila balik ke rumah mereka akan bercakap dalam dialek lain dengan keluarga mereka seperti dialek Kantonis, Hokkien, Teochew.

Cuba kita tanya orang Cina apa bahasa ibunda mereka? Mungkin ada yang kata Kantonis dan sebagainya. Sekarang ini tidak ramai orang muda Cina yang boleh berbahasa Cina dialek Beijing. Begitu juga orang India ada pelbagai dialek seperti Tamil, Urdu, Punjab dan sebagainya. Jadi di mana bahasa ibundanya?

Yang bercakap bahasa ibunda yang betul ialah orang Melayu kerana mereka bercakap Melayu. Ini kerana ibu bapa, nenek dan ahli keluarga mereka semua bercakap bahasa Melayu.

Kalau begitu apa perlunya sekolah jenis kebangsaan kalau mereka juga bukan diajar dalam bahasa ibunda?

UNGKU AZIZ: Jawapannya mudah, ini kerana politik. Tetapi bagi saya untuk mengukuhkan perpaduan, yang perlu ada ialah satu bahasa. Ini kerana hanya dengan cara inilah akan menggalakkan lagi persefahaman dan memudahkan pergaulan antara semua kaum. Kerana itu untuk mengajar dan mencampuri bahasa kebangsaan dengan bahasa Inggeris bagi saya ia sesuatu yang tidak boleh diterima sama sekali.

Bagaimana pula sikap sesetengah pihak yang terus mendesak supaya PPSMI dikembalikan? Adakah kemungkinan PPSMI dikembalikan?

UNGKU AZIZ: Saya sangat berharap tidak akan berlaku dolak dalih bagi memungkinkan pelaksanaan PPSMI dikembalikan. Maksudnya setelah keputusan ini diambil kerajaan tidak akan berundur ke belakang. Saya faham kerajaan mungkin menerima banyak tekanan dari pelbagai pihak supaya PPSMI ini dilaksanakan semula termasuklah dari orang Melayu sendiri. Saya tidak kata kita menolak penggunaan bahasa Inggeris sebab bahasa itu perlu untuk menjadikan negara ini maju. Tetapi saya mahu bahasa Melayu terus unggul di negara sendiri. Kita tidak perlu pinggirkan bahasa Melayu sebaliknya kedua-dua bahasa ini sama-sama naik.

Namun cabaran ini pastinya sangat hebat kerana ada di kalangan kaum lain dan juga sesetengah orang Melayu sendiri yang hanya mahukan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama. Kalau kita lihat contoh seperti mereka di Jamaica dan negara-negara di kepulauan Caribbean, mereka tidak ada bahasa kebangsaan. Adakah kita mahu jadi seperti itu? Orang Melayu mesti menghidupkan bahasa Melayu dan berbangga bertutur dalam bahasa Melayu. Namun pada masa yang sama demi kemajuan negara kita mesti mampu berbahasa Inggeris.

hahahahaha.....apa cerita sekarang...
prof ungku pun dah muak dgn permainan politik ni...yang jadi mangsa siapa?..anak2 kita juga..siapa tuh..orang2 melayu jugak..aduh...pening


Stadium Terengganu

Apa dah jadi,apa nak jadi,sampai sekarang tak baiki lagi,


sedap mata memandang sedap lagi duit di pendam..

itulah stadium utama terengganu...apa cerita semua ni..mana jurutera2 atau pihak kontraktor yg bertanggungjawab ni..takkan nak biar mcm ni aje..atau terpaksa tunggu BPR siasat dulu ke.?

dulu masa nak dapat tender bukan main lagi yea korang lobi sana sini..dah dapat,dah siap korang lobi lagi dengan QC,QS,engineer dan sewaktu dengan nya..hasil nya mcm ni lah..

korang tgk stadium2 lain mana ada lagi runtuh..lebih dah berkurun depa siap tapi ok aje ..masih boleh di guna pakai....tapi stadium terengganu ..agaknya korang buat stadium pakai buang kot..mcm pampers ke?

hebat2 memang hebat!!!

apa yg boleh di huraikan di sini..

adakah ada unsur2 rasuah?
adakah bahan2 tak berkualiti di guna?
adakah unsur2 jenayah politik?
banyak persoalan nya....siapa nak jawab ni..senyap aje dari mula stadium di landa taufan...

Tolong jawab la weiiiiiiiiiiiiiii...







Saturday, July 11, 2009

KUGIRAN dari Kubur!!!!!!!!!!!!


Ngeri giler dgr nama..band dari kubur...


hahahahahaha bukan dari kubur tapi JABOR KUBUR...satu nama kampung di kemaman tu...

band ni telah lama di tubuhkan tapi jarang perform kat kg sendiri...sebab tak di beri peluang.. mari kita tgk dia org perform sempena motor show ..walau pun perform bawah khemah aje..tapi crowd tetap semangat memberi sokongan..

Kemaman ketandusan hiburan...perlukah semua itu?........
banyak positif kah...atau mengundang ke arah negatif?

tolong komen skit wahai makhluk bumi....?



Kemaman MotorSHow..!!!!






JUMAAT-800 pm kemaman,tepi benteng kastam...


Sape kata kemaman dok maju..sape kata kemaman dok sosial...
semlm telah berlangsung satu motor show anjuran org kemaman..boleh tahan la anak melayu ni jadi engineer...see the attachment picture above...hebat ke?

rupanya baru aku tau ramai anak2 muda kita ni kreatif dan inovatif...tapi ke mana bakat2 mereka ini......apa kesudahan kepada bakat2 ini...

sama2 kita terjah ke dalam masyarakat global ni...apakah ini di katakan globalisasi?....

aku bukan anti sosial...bukan anti politik...bukan anti masyarakat..aku hanya blogger yang menulis untuk mengenali diri aku aje dan cuba memahami kehidupan....apakah aku perlu semua ini...HUD-HUD tolong jawab...


salam........mat blackz





Friday, July 10, 2009

Kenapa Kuku jari cepat panjang?...info


Kenapa kuku jari lebih cepat panjang dari kuku kaki.....


kakikukukakikukukakikukukaki...baca dgn laju...

nak tau kenapa..? dan kenapa begitu..?

menjaga kebersihan kuku adalah penting...klo nak tgk org tu bersih atau tidak ..lihat kuku jari mereka..tu...klo ada tanda2 kotor..haahahaha something wrong la..eeeiiii

aku bagi sedikit info utk korang ...


Kuku adalah struktur yang separa keras dan sedikit runcing yang terletak di hujung jari haiwan atau manusia. Bahan asas yang membentuk kuku ialahkeratin, sejenis protein yang keras yang juga boleh dijumpai di dalam rambut dan kulit. Dalam bidang perubatan, kuku juga boleh mempamerkan tahap kesihatan seseorang.

Kuku mempunyai 2 fungsi utama. Fungsi pertama yang diketahui secara umum ialah sebagai pelindung kepada hujung jari. Fungsi keduanya yang juga penting ialah memberikan lebih sensitiviti terhadap deria sentuh. Hujung jari diliputi dengan reseptor yang banyak yang membenarkan kita menerima maklumat dengan lebih efektif apabila kita menyentuh sesuatu objek. Kuku bertindak sebagai penentang daya yang menambahkan lagi sensitiviti kulit, walaupun pada kuku itu sendiri tidak mempunyai saraf dan reseptor

Kuku bertumbuh atau memanjang pada setiap masa, tetapi kadar pemanjangannya bergantung kepada faktor usia, jantina, musim, tahap latihan, suhu badan, diet, dan keturunan. Kuku jari tangan tumbuh dengan lebih cepat pada kadar 3mm sebulan berbanding kuku kaki yang memanjang pada kadar 1mm sebulan. Ini bermakna, kuku tangan mengambil masa kira-kira 3-6 bulan untuk tumbuh sepenuhnya menggantikan kuku yang lama, manakala kuku kaki memerlukan masa antara 12-18 bulan. Berbeza dengan kepercayaan umum, kuku (dan rambut) sebenarnya tumbuh selepas seseorang itu mati,iaitu apabila kulit menjadi kering dan mengecut. Rekod pertumbuhan ini boleh menunjukkan sejarah kesihatan dan ketidakseimbangan fisiologi seseorang, dan telah digunakan sebagai bahan diagnostik sejak zaman purba lagi.

dan memotong kuku pun ada hari2 nya..dan kaedah dari segi islam

Hari Isnin
Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat.

Hari Selasa
Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit.

Hari Rabu
Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.

Hari Khamis
Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.

Hari Jumaat
Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.

Hari Sabtu
Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit.

Hari Ahad
Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.


so boleh la pilih mana pilihan nya...hati2 ketika memotong kuku..jangan pakai terjah aje...

wallahualam.

mat blackz







Tips dari seorang LAYWER


cerita pasal lawyer..orang kampung aku panggil loyar....bagaimana untuk menjadi sorang lowyer yang bagus..aku pun tak tau..tapi yang jelas dan pasti mesti petah bercakap..pemalu tak leh jadi laywer ah..begitu juga dengan orang gagap..hahaha takut hakim tak paham..


ni ada tips dari Doloh..seorang lawyer kat kampung aku..


ceritanya begini.....


Doloh ni asal seorang bdk yg samseng dan nakal kat kampung aku..tapi bagus nya ni..suka lawan cakap org tua..keras keng kata org Ganu...
Satu hari doloh ni g main kat kebun pok mat...masa hari baru lepas hujan..kat kebun banyak batas2 ubi hok pok mat sedang cangkul...suddenly doloh ni nampak la pok mat sedang mencangkul batas2 baru utk projek ubi keledek dia...
doloh ni pun pergi la kat pok mat sambil bertanya " pok mat ,mu buat menda ni"
pok mat kata" buat ubi keledk doloh weii"..
doloh ni memang nakal..dia pegi sepak2 batas ubi tu..
pok mat kata "jgn buat gitu bdk weiii ..aku nok buat keje ni"
doloh sepak lagi batas...nakal sunggoh...
pok mat kata"keras keng budok ni"
doloh jawab"hoooo...memang keng keras ...ada tulang kan ni"
ai doloh memang suka jawab cakap org tua...
pok mat kata " mu jgn buat sepak "
doloh ni buat lagi...nya sepak sampai hancur batas orang tua tu..
lama2 orang tua pun ada batas sabor dia...hilang sabor org tua tu...
pok mat kat " mu doloh kalo aku kejor mu...dan tangkap aku sumbat mulut dgn selot( tanah ) ni..me tebeng main la...."
doloh tu nganjing (ejek) ke pok mat" kejor la kalo dan org tua..aku ni muda lagi.."
pok mat pun lempor cangkul ..nya kejor la doloh musing ketam skali..kejor punya kejor doloh pun tersepak batas pastu rebah..dan tangkap di pok mat..
lalu pok mat pun sumbat mulut doloh dengan selot(tanah )..penoh se mulut...
pok mat tanya" ho guane doloh mu nak lagi"
doloh jwb "nak guana nya,hok ni dok habis lagi'..hahahahahahahahaa
hahaahahahaaaaaaaaaaaa memamg doloh ni petah berkata..


sekarang doloh ni jadi seorang lawyer kat kemaman...hahahaahahahah tu la tips dia kakakakakaakakakakakaakaakakakakakakaaakk


mat blackz......buakan laywer tapi loyar burok...hehehe

Thursday, July 9, 2009

PPMSI.....di mansuhkan 2012!!!!!!!!!!!

Pembelajaran dan Pengajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris(PPMSI) di mansuhkan pada 2012....



betul ke ni?atau cakap2 politik je ni...pentingkah PPMSI ni..bergunakah kepada anak2 kita?

Bagi aku ada bagus nnya PPMSI ni ..klo dulu student ambik spm dlm bahasa melayu and then mereka masuk Universiti belajar balik dalam bahasa inggeris...kata org terengganu ( BI )....so pelajar2 sekarang dah paham word2 atau subject2 tu dlm english...zaman aku dlu masuk U aje ..awal2 semester tu,tak paham sbb masa spm dulu belajo dalam bahasa melayu..nak kena paham btul2...tapi ramai juga yg berjaya wlo pun susah skit...tau..

aku rasa ni semua politik semasa sebab bila ada perubahan baru..semua nak baru kan..
buku teks,silibes nya baru..dan semua melibatkan kos berjuta2 ringgit...

tentu ada udang semua ni?siapa yang dpt untung semua ni?
pembekal kah?...politician kah?....anda boleh jawab guna logik akal nya..


Aku ada jumpa kwn baik aku..sekarang dia mengajar di sek.men.....(kat daerah kemaman ni)..dan sekarang dia adalah pena pemeriksa kertas peperiksaan matematik peringkat negeri dan kebangsaan..kata nya..murid yg belajar di kota(seperti KL,Penang,Johor) pun ramai yang gagal dlm math dan Sains sbb tak reti english.wlo pun kertas soalan dlm 2 bahasa..jadi tak ade makna juga PPMSI ni kan...dan utk jaga peratus lulus,,kemetrian pendidikan telah menurunkan graf lulus..sehingga 60%...bermakna bdk2 ambik spm sekarang markah lulus dia rendah la..jauh beza zaman aku dlu ..kesian bdk sekarang..

so apa jadi dgn murid di luar bandar tu..maksud aku kampung2 laaaa..

jadi nya macam ni..ni cerita benar berlaku kat kuala berang..

Satu hari seorang ayoh tu..dok kat rumah tgh minum2 ptg bersama keluarga..si ayoh ni keje dia peladang aje..nak jadi cerita nya..ptg tu mak mentua dtg la ke rumahnya...ajak minum sekali sambil makan karipap..si anak ni baru darjah 3...tgh isi borang PIBG..

datang anak tu tanya ayoh dia.."ayoh2..nak tanya ni..NAME apa ayoh"
jawab ayah "NAME tu nama la.." anok dia pun tulis nama ayoh dia kat situ..
tanya lagi anok tu.."ADDRESS tu menda plok ayoh"...
kawab si ayoh"ADDRESS tu alamat lah doloh weiiiii"...si anok pun tulis la..alamat rumah dia..
pastu si anak tanya lagi " ayoh2 ..ni SEX amenda plok ni"...
Jawab ayoh dalam hati.."menda cikgu ..semua dlm kain nak tanya..doh la mok mentua ada ni..dok kan nok jawab jugak"..

si ayoh diam..dok peduli ke anok ..dlm 2 minit si anok tanya lagi..
"ayoh cepat ah la..cikgu nok esok ni..kan kena denda plok"..
si ayoh tu dah panas..campur nok maroh pastu dia jawab..."...mu tulis la 3 kali seminggu ....!!!!"

kahkahkah..rupanya2 ayoh ni dok paham jugak..sebb tu sekarang dlm apa2 form tertulis GENDER...hahahahaha

ada penting nya PPMSI ni...takut jadi mcm tu la..hahahahahahahahaha....dan klo PPMSI tak ade pun...cendikiawan tetap wujud di malaysia ni yang cerdik pandai utk mengubah semua..contoh paling senang...anak2 melayu yang lebih hebat dari engineer jepun tuh...tak caya tanya mat rempit yang boleh buat motor RXZ tu lebih laju dari kereta..engineer RXZ dari jepun pun tak reti....hahahahahahaha hebat2 melayu memang hebat...

apa kata HUD HUD....malaysia boleh!!!!!!!! wacha


mat blackz





















Wednesday, July 8, 2009

Kreatif dan seni

Kalau dah kreatif.....macam2 cara boleh jadi yeak..cuba tengok clip ni..pastikan anda dah baligh yea..amaran...18sx




memang menarik..hahahaha sekali sekala buat cuci mata kahkahkah...alah kalo suroh korang lukis pun tak jadi juga..jadi jgn susahkan kepala hotak ko nak lukis ..so tgk aje ...hahahah


mat blackz

Micheal Jackson's..memorial




Micheal Jackson is dead.....rest in peace....

mengikut kata Imam Johari Abdul Malik yang si MJ ni dah masuk islam setahun lepas..dan kata2 in juga di akui oleh abg MJ yg sorang tu Jermaine jackson...betul ke? wallahualam..hope betul lah kan...

Kata imam JO lagi..berjuta maybe berbillion orang islam sembahyang kan untuk jenazah MJ ni.tapi depa sembahyang kat rumah/tempat masing2 laa.....untung ko MJ

ada bagusnya ko ni MJ:

1. MJ and the Jackson 5 telah memecah tradisi org kulit hitam ni..broke the racial barriers and stereotype to BLACK,to white,to americans and to the whole of the world...kelas mu MJ

tu aje yang aku nampak bagusnya MJ ni..maybe byk lagi...dan memang byk pun..terpulang kepada mata yang menghukum minda kalian..pendapat masing2 lah..

klo nak cerita dari segi music dan ke Glamouran,tak cukup ruang nak cerita pasal kehebatan si MJ ni..kan...

Tapi kesian kat kau MJ..jasad ko di usung sana sini..dan tak tahu di mana kubur kau..susah jadi org glamor yea...maybe ada hikmah d sebalik who knows ?

Keranda bersalut Emas..kat dalam mayat MJ..patut la kena rahsia kubur ko MJ,nati org curi emas tuh..haha..























Tuesday, July 7, 2009

Mari belajor bahasa TERENGGANU..lawak orang terengganu

Na na na na Ganu kite...( nyanyian saleem )..


ke guane gamok kalo kite beajo bahse tranung ni..dok susoh pong..mung cube try test cerita kelakor ni...petang tadi pecoh perot aku dengor budok kuale berang ni bercerite...

Sini saye ade satu cite untuk pengajarang semue. Bagi
sape-sape yang nok gi interbiuw dang ade niat nok nippu mase interbiuw tu,
ingat- ingatlah cite ni. Kisoh benar ni tau bukang rekaang!!!

Beberape hari yang lepas, satu temuduge kenaikang pangkat telah dibuat oleh
saloh sebuoh anok syarikak TNB. Biaselah kang kalu nok naik pangkat
mestilah duduk ujiang bertulis dang lepas tu barul! ah ujiang bercakak
pulok (temuduga lah tu) test suare lah pulok. Dang dalang rama-rama yang
terpilihtu ade tige kawang kite dari Tranung telah dipilih untuk di
temuduge. Kebetulang pulok tige kawang kite ni adelah peserte ketige yang
pertame. Ape lagi debor peruk lah kawang 3 orang nih. Kawang yang nombor
satu mule la merungut, (kene bace ikut loghat terengganu!) ........

"Baru je sapa sini, letih tok hilang lagi, doh bale baru sapa pulok".

Sampuk pulak kawan yang kedue ni.... "mapuh kite kalu lagu ni... aku doh
kecuk perut ni".

Dang bersuare la pulok kawang yang ketige ni dengang berlagok macho seraye
berkate "Mu nok takut bende gok awang eh... Kalu die tanye, mu jawap je
la. Kalu mu tok tahu, mu bahang gi la jawap bende pun.... Janji mu jawap
doh. Hok mu due ekor ni takut sangat bak pe.... Bukangnye tukang interbiuw
tu nok makang mu. Cer mu tengok aku nih, rilek je. Siap buleh control ma!
cho lagi".

Tibe mase yang ditunggu-tunggu, make name kaw ang kite yang pertame ni pun
dipanggil.

Dalam 15 minit kemudian, kawang yang pertame ni pun kuor lah. Ape lagi
macang kera kene belacang la kawang nombor due ni dok tanye ape soalan yang
di tanye oleh tukang interbiuw tadi.

"Eh awang! menatang bende tukang interbiuw tanye mu tadi???". awang nombor
satu tadi pong jawap, "Susoh jugok soalan die, tapi aku tok ingak doh
bende yang die tanye tadi, tapi se je yang aku ingak die tanye....
pengerusi TNB yang baru sape name. Aku pung jawaplah Datuk Jamaluddin
Jarjis".

Kawang nombor due pulok menyampuk "Ah sudoh! aku tok reti starang nok
sebuk name tu. Guane nih awang? Aku rase nok terkecing doh ni. Ah! aku
tulih kat tangan je la awang. Kalu die tanye senang le sikit aku nok
jawak."

Pastu sapok le pulok kawang nombor tige yang berlagok panda nih, "Bak pe
yang mu jadi bodo sangak nih. Jangang tulih kat tangang, nanti tukang
interbiuw tu na! pok mu tulih situ. Mu tulih kat getoh spenda mu tu. kalu
die tanye, mu selok la sikit spenda mu, mu buat-buat la gatal kat perut.
Pah tu mu kerling la sikit name pengerusi TNB tu".

Ape lagi... kawang nombor due ni pong suke la dengor idea bernas kawang
die tu. Tapi die tok tahu yang kawang die nombor tige tu pong panik gok,
sebab die pong tok tahu nak sebut macang mane.

Name kawan nombor due pun dipanggil... . Dalang 20 minit kawang nombor due
tok kuor2 lagi. Kawang yang nombor tige panik doh nape kawang die tu tok
kuor2 lagi. 5 minit pah tu, kuor la kawang nombor due ni dengang muke
tersenyum. Kawang nombor tige pong tanye la, amende soalang yang kuor,
jawap la kawan no due ni, "Susoh gok soalang die tapi soalang pengerusi
TNB tu aku buleh jawap... aku sempak selok spenda aku. Tukang interbiuw
tok nampok aku selok tadi".

Kawang nombor tige ni pong panik la. "Ah sudoh awang! aku p! ong sebenor
nye tok tahu jugok nok sebuk name pengerusi TNB tu".

Jawap lah kawang no due tadi. " Mu tulih pade getoh spenda mu tu macang
aku buat nih"

Kawan no tige pulok jawap," Aku nok tulih macam mane aku tok pakai spenda"


Ape lagi kelang kabut le kawang kite. Tibe-tibe kawang no satu yang dari
tadi berdiam diri tadi bagi idea..... "Ape bende yang susoh sangat ni
awang, mu beri je spenda mu kat die kejap."

Ape lagi bergegas la kawang2 ni pegi toilet untuk berpindoh suor dalang.
Tok lame lepah tu name kawang no tige ni pong dipanggil. Dengang semangak
berkobor-kobor dan rase confident yang amat sangat kawang kite ni masuk
dalam bilik interbiuw tu. Tok sapa 10 minit kawan nombor 3 ni kuor sambil
tergaru-garu kepale dengang muke kepelikkang. Kawang2 die yang dok luor ni
tanye la kenape kuor awal sangat?

Kata kawang nombor tige, mase ahli panel tanye name pengerusi TNB tu, die
jawap je la. Tapi, tok pasa-pasa semue ahli panel su! ke sampai kang ade
yang mengalir-alir air mate tok tahang sangat. Pastu kawang2 ni tanye la,
mase ahli panel ni tanye name pengerusi TNB tu, ape mu jawap. Dengang
confident die bagitahu dengan kuat dan lantang..... ......... ... "Datuk
Calvin Klien".

Rupe-rupenye mase kawang ni berpindoh seluor dalang tadi, kawang yang
sorang ni dah terpakai terbalik rupenye yang belakang ke depang, yang
depang ke belakang. Name pengerusi TNB kat belakang, name jename spenda tu
pulak kat depan. Tergelok besorlah kawang2 yang due orang lagi
tu.....Gitulah cerite nye.... spang kederang sunggoh!!!

Kebenaran MATEMATIK dan ZIKIR

Di sini aku ingin membuktikan yang bijak MATEMATIK memberi impak yang besat daam kehidupan kita..bia kita berMATEMATIK..dah tentu otak kita berfikir dan ini sinonim dengan zikir...

BerZIKIR..juga sama dengan berMATEMATIK kerana kedua2 cara ini akan merangsang kecergasan dan kecerdasan otak kita..

Percaya atau tidak ? cubalah amalkan untuk lihat hasilnya...bukan aku yang membenarkan fakta ini tapi ia adaah fakta yang benar..

Dan semua kajian ini telah di buktikan oleh saintis Mat Salleh(Amerika) tetapi kenapa kita tidak terokainya sebelum mereka...silap ibu mengandungkah?jawab sendiri ya sahabat sekain..

Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.

Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan.

Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.
Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar.

Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.

Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.

Oleh itu, saudara-saudara ku , ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya.


Antara CHIN PENG dan HENRY GURNEY ?


SIAPA HERO..SIAPA PAHLAWAN...? SIAPA PENGKIANAT..SIAPA PENJENAYAH..?


sekali sekala baca sejarah melayu ni memang seronok apa..teringat zaman sekolah nak exam sejarah perggghhh habis fakta nak hafal...orang kata nak jadi lawyer ni kena lulus sejarah..(betul ke ? ) apa kaitan lawyer dgn sejarah yea...agak2nya mesti ada kaitan nya,klo tidak takkan ada orang kata sebegitu kan...masakan pokok akan bergoyang jika tiada angin nya...hahahahah sejarah melayu betul...mari kita baca sejarah melayu...jeng jeng jeng !!!!!!!


‘Chin Peng anak kelahiran Tanah Melayu, ketika membesar telah terserap
dengan mood anti penjajah yang amat kuat. Mood anti penjajah yang ada pada
beliau bukan setakat membebaskan negara tetapi lebih tinggi menjadi mood
fahaman pengurusan ekonomi menentang fasis kapitalisme dan menghanyutkan
beliau ke fahaman komunisme dengan dalam. Chin Peng percaya dengan fahaman
Komunisme negara ini mampu di urus dengan lebih baik kerana pada
kepercayaannya Komunisme lebih humanis dan menjamin hak sama rata bukan
seperti kapitalis yang hanya menjamin hak pemodal besar Lantas atas
kenyakinan kuatnya beliau menentang penjajahan British dengan sepenuh daya
dan pemikiran beliau.’


Pada 21 Jun yang lepas telah di adakan satu majlis yang kononya ‘amat bermakna’ di
tepi jalan, Jalan Kuala Kubu – Bukit Fraser.


Pegawai Daerah tersebut, Nor Hisham Dahlan (yang mungkin sudah siap menangani
semua aduan penduduk dan pembayar cukai setempat) telah hadir bersama dengan
anggota Persatuan Bekas Perajurit Tentera Malaysia untuk memotong reben merasmikan
terletaknya papan tanda lokasi pembunuhan Henry Gurney di Batu 56 ½, Jalan Kuala
Kubu – Bukit Fraser.


Maka sesiapa yang melalui jalan tersebut pada waktu itu pasti akan terkejut dengan
kehadiran anggota agak ramai polis dan tentera yang turut diarahkan hadir meraikan
perletakan papan tanda tersebut yang mewirakan Henry Gurney. Mana tidaknya jalan
yang sehari – hari sunyi dan lengang tiba – tiba kelihatan ramai anggota
beruniform bukan kerana kemalangan tetapi kerana meraikan sebuah pana tanda.


Sudah tentu bersungguh – sungguh lagi majlis ini apabila ia dibuat ketika semangat
menolak Chin Peng pulang ke Malaysia.


Pertama sekali, siapa dia Henry Gurney yang nak diagungkan kematiannya ini? Henry
Gurny ialah warga kelahiran British. Dia dibesarkan dalam keluarga bangsawan yang
percaya bahawa bangsa mereka gagah dan kuat serta berdaulat. Maka semua bangsa
lain perlu tunduk kepada kekuasaan bangsawan British. Di besarkan dengan
persekitaran Eropah masih dipenuhi hamba abdi dari Asia dan Afrika.


Sebelum dihantar bertugas di Malaysia beliau merupakan Ketua Pentadbiran Inggeris
di Palestin (1946 – 1948). ‘Jasa’ beliau yang harus kita tidak lupa ialah menjadi
antara perancang membawa masuk bangsa Yahudi khususnya yang berfahaman Zionis
untuk menjadikan Palestin sebagai kawasan perlindungan. Tanah rakyat Palestin
dirampas untuk menjadi perlindungan Yahudi yang kononya dizalimi di Eropah. Dari
hanya kawasan perlindungan, ‘berkat’ usaha gigih Henry Gurney pada tahun 1948
tertubuhlah negara zionis Israel lakhanat.


Atas kecekapan beliau memperdaya arab Palestin dan menubuhkan negara Israel maka,
Henry Gurney telah dinaikkan pangkat menjadi Pesuruhjaya Tinggi Inggeris di Tanah
Melayu pada 13 September 1948.


Perlantikan beliau ke jawatan nombor satu di Tanah Melayu oleh British dengan
harapan mampu terus memperdaya penduduk Tanah Melayu untuk terus mempertahankan
sistem kapitalis dengan menolak unsur komunisme yang anti imperialis serta paling
penting mematahkan gerakan kemerdekaan anti penjajah yang tidak seiring dengan
kapitalisme amalam British.


Sejak September 1948 bukan sedikit pejuang kemerdekaan ditangkap, dipenjara dan
dibunuh oleh Henry Gurney dengan menabur fitnah bahawa mereka pengganas dan
menentang negara.


Ingat negara atau kerajaan pada masa itu ialah kerajaan penjajah British. Banyak
kumpulan yang bangkit menentang penjajah dilabel komunis dan pengganas. Memang
tidak dinafikan fakta sejarah ada kumpulan yang membuat keputusan membebaskan
negara dengan memikul senjata dan masuk ke dalam hutan.


Itupun atas perbagai faktor. Bayangkan pertubuhan atau gerakan kemerdekaan negara
diharamkan,ramai pemimpin gerakan kemerdekaan ditangkap dan ada yang mati dan
hilang tanpa dikesan. Selaku pemimpin pada masa itu hanya ada 3 pilihan, bergabung
bersama badan siasah yang direstui penjajah atau menanti ditahan (mungkin dibunuh)
atau masuk ke hutan pikul senjata pertahankan prinsip.


Untuk memutuskan bantuan kepada pihak yang menentang dari dalam hutan. British
memperkenalkan sistem kampung baru, masyarakat dipaksa pindah ke dalam kawasan
penempatan baru yang berpagar duri dan di bawah kawalan senjata.


Ada rekod kebun orang asal dan penduduk di pinggir hutan dibakar kerana takut
menjadi sumber makanan pasukan bersenjata menentang penjajah. Orang asal dan
penduduk kampung dipinggir hutan diugut jangan bekerjasama dan dimainkan ilusi
bahawa pasukan bersenjata di dalam hutan yang menentang penjajah jahat dan ganas.


Tanpa menafikan memang ada juga rekod keganasan dari pasukan bersenjata yang
menentang penjajah.


Tidak cukup dengan itu didatangkan tentera upahan dari luar negara yang turut
dijajah British untuk mempertahankan ‘keamanan’ dan ‘kestabilan’ kerajaan penjajah
British. Maka wujudlah tentera Gurkha dan perbagai tentera luar yang sama
membelasah pasukan bersenjata yang anti penjajah tidak kira mereka berideologi
apa.


Dari 1948 – 1951, British bangga dengan Henry Gurney yang berjaya bukan sahaja
mengekang tentangan bersenjata malah berjaya memainkan ‘psywar’ untuk mengheret
sama anak tempatan mempertahankan Kerajaan penjajah British dengan perang anti
Komunis nya, sedangkan kita perlu tahu dan sedar ada juga guru agama yang menanam
sentimen anti penjajah turut ditangkap dan dikatakan terlibat dalam kegiatan
komunis.


Ini tidak dapat dinafikan sehingga sekumpulan mereka yang berpendidikan agama juga
telah membuat keputusan masuk hutan menyertai Regimen ke 10 menentang penjajah
British.


Henry Gurney begitu menikmati zaman kegemilanganya di Tanah Melayu. Dia dipuja dan
dikawal umpama ‘Presiden Tanah Melayu’. Bergerak ke mana – mana dengan koleksi
kereta mewahnya seperti Rolls Royce yang bangga terkibar Union Jack (bendera
penjajah) didepanya.


Pada 7 Okotober 1951, semua kemegahan Henry Gurney musnah apabila beliau mati
dengan tembakan dalam satu serang hendap oleh pasukan bersenjata Parti Komunis
Malaya yang serangan itu dikatakan diketuai oleh Chin Peng.


Tepat 12 kilometer sebelum sampai pusat peranginan mewahnya di Bukit Fraser beliau
ditembak mati, namun isterinya yang turut berada di dalam kereta tidak
dicederakan.


Sejurus selepas itu semua tentera baik anak watan mahupun tentera upahan asing
digerakkan secara besar – besaran memburu ‘pengganas’ komunis. Digambarkan
ganasnya komunis ini sehingga saggup membunuh Henry Gurney.


Lupakah kita Henry Gurney ialah antara manusia yang mencipta negara Israel yang
sehingga kini menjadi masalah dunia.


Di bawah ini diperturunkan ayat di perenggan ke dua di papan tanda yang dengan
bangga diletakkan mengenang tempat kejadian pembunuhan Henry Gurney.


“Henry Gurney bersama isterinya dan setiausaha peribadi D.J Stapler bertolak
dari Kuala Lumpur menuju ke Bukit Fraser untuk urusan rasmi dan berehat.
Apabila kereta Rolls Royce yang membawa rombongan Gurney itu dengan kibaran
bendera ‘Union Jack’ oleh Konstable Mohd Din sedang mengambil selekoh s di
bt. 56 ½, kira – kira 8 batu dari Bukit Fraser tiba – tiba Rolls Royce
menjadi sasaran peluru pengganas komunis”


Ayat di atas menggambarkan kita tidak pernah belajar untuk menulis sejarah
sendiri. Tulisan penjajah yang merakam sejarah kita salin bulat – bulat. Kita
bangga dengan kibaran Union Jack. Ada rekod Henry Gurney mati dan isterinya
selamat tetapi apa nasib Mohd Din yang diperdaya menjadi pemandu lantikan
penjajah, kita tidak kisah.


Bukankah sebagai anak Malaysia kita harus bangga antara manusia yang menyebabkan
tertubuhnya negara Zionis Israel mati dan darahnya dipaksa menyimbah bumi kita.


Ini juga berlaku kepada Ust. Ibrahim Libya yang dibunuh mati kerana dituduh
komunis, hanya kerana kepercayaan bahawa negera ini bukan negara Islam dan dia
tidak mahu ditangkap ISA kerana kepercayaannya itu. Dia ahli PAS, pondok tempat
dia mengajar menjadi Markas PAS.. Namun regim warisan penjajah ini menggerakkan
‘aparat’ bersenjata membunuh bukan sahaja Ust. Ibrahim Libya tetapi pengikutnya
tidak kira perempuan atau orang tua mahupun kanak – kanak. Mana lebih kejam
serangan Chin Peng ke atas rombongan Henry Gurney (penjajah) tanpa membunuh
isterinya atau serangan ‘aparat’ bersenjata Regim Bn ke atas pondok agama di
Baling Kedah dibawah arahan Musa Hitam dan Mahathir Mohamad ?


Dalam mengangkat sejarah kita perlu jujur. Jangan gunakan sejarah untuk menakutkan
ganerasi selepas itu atau mencari siapa yang salah, siapa yang benar ? Siapa kita
yang hendak menjadi hakim kepada sejarah, tetapi sejarah perlu diangkat menjadi
pengajaran …..agar bangsa kita ini menjadi bangsa yang kuat…… kesilapan dalam
merakam sejarah harus dihentikan.


Tidak benar kemerdekaan negara pada tahun 1957 diperolehi hanya dengan
runding-runding atau bincang – bincang sahaja. Mengangkat fakta salah ini umpama
menghina sejarah perjuangan bangsa sendiri. Kemerdekaan ini telah dipaksa
diberikan oleh penjajah setelah tidak tahan dengan tekanan yang diterima. Dari
penentangan awal seperti Tok Janggut, yang difitnah sebagai penentang dan
pengganas sehingga tokoh agama ini dihukum mati digantung terbalik dan mayatnya
dibiar berhari – hari. Sehinggalah penentangan tekanan Parti Komunis Malaya
mahupun gerakan politik seperti Melayu Muda, API , AWAS dan seumpamanya. British
tidak punya banyak pilihan terus menjajah secara konvensional dan berdepan dengan
tentangan rakyat yang mula meningkat atau mencari satu pewaris yang mampu
mentadbir negara ini dengan imej tempatan tetapi dengan syarat mampu menjaga
polisi kapitalisme British. Maka British telah memilih untuk mengharamkan semua
pertubuhan pro kemerdekaan yang tidak mampu menjaga kepentingan British dengan
perbagai label dengan hanya membenarkan beberapa organisasi politik yang mampu
menjaga kepentinganya bergerak dan mendapat kemerdekaan darinya.


Henry Gurney mendapat layanan begitu istimewa di tanah ini sama ada ketika hidup
atau ketika sudah mati. Bukan setakat jalan, sekolah, bangunan dinamakan dengan
namanya malah tempat dia mati yang selama ini terlupa diletakkan makamnya sudah
diletakan baru baru ini. Adakah ‘regim warisan penjajah’ ini tidak tahu akan
sejarah Henry Gurney dan kaitannya dengan kekejaman Zionis atau ‘regim’ ini tidak
kisah dengan kekejaman zionis.


Melihat kepada beberapa perkembangan ia lebih kepada regim warisan penjajah ini
tidak kisah.


Ramai mungkin tidak percaya dan mengatakan bloggers hanya menulis berdasarkan
sentimen bukan fakta.


Secara mata kasar sememangnya negara ini kelihatan anti Amerika , anti – Zionis
yang kuat. Itulah gambaran media negara ini membentuk persepsi kepada rakyat
sendiri.


Lihat sahaja selepas ucapan ‘berapi – api’ Dr. Mahathir menghentam barat dan
Amerika dalam satu Perhimpunan Agong Amno media tempatan terus memainkan ucapan
tersebut seolah ucapan itu juga menjadikan Dr.Mahathir hero negara Islam.
Malangnya ramai tidak tahu bahawa selepas itu Dr.Mahathir membazirkan jutaan wang
rakyat untuk membayar Jack Abramoff, Heritage Foundation, kumpulan pelobi Yahudi
(zionis) untuk melobi sehingga membolehkan Dr.Mahathir berjumpa dengan Bush buat
beberapa minit dan menjelaskan ucapanya. (sila membaca lanjut isu pelobi yang
dibayar untuk membolehkan bertemu Bush). Tradisi menggunakan pelobi tersebut juga
diteruskan dengan bayaran jutaan ringgit oleh Abdullah kepada Jack Abramoff untuk
membolehkan beliau berjumpa Bush.


Jack Abramoff telah dijatuhkan hukuman bersalah di Mahakamah di Amerika kerana
mengumpul bayaran melampau dan cara salah sebagai pelobi dan dalam fakta kes
beliau di mahkamah ada tercatat kes Malaysia membayar beliau.


Masih ingatkah kita, dengan insiden menantu Abdullah Badawi pada 2006 yang membawa
pemuda Bn berkumpul di depan KLCC membuat demonstrasi menghalau Condoleezza Rice .
Khairy yang patah tangan pada ketika itu diberikan imej juara anti Amerika dengan
mengumpulkan anak muda menghalau pemimpin Amerika yang dibawa masuk oleh bapa
mertuanya. Tindakan Khairy seolah menggambarkan Malaysia benar anti Amerika , Anti
Zionis Israel. Namun ramai yang tidak tahu pada waktu yang sama tentera Amerika
sedang berada di Johor ‘berseronok’ mengukur tanah negera ini dalam sesi latihan
ketenteraan.


Ketika keganasan Israel memuncak semula baru – baru ini, regim warisan penjajah
yang memerintah negara ini cuba menggambarkan bahawa negara ini serius menentang
dan ingin melumpuhkan negara Zionis itu. Maka rakyat pun di ajak jangan makan KFC
(walaupun KFC itu milik saham terbesar anak tempatan), jangan makan Mc Donald atau
jangan minum coke.


Boikot itu kuasa pengguna tetapi boikot barangan kecil tidak akan ada sudahnya.
Jika berani halang saja barangan tersebut masuk ke Malaysia…sudah tentu tidak
berani….


Malaysia sebenarnya tidak kisah, tahu atau tidak banyak kontrak atau hubungan
perniagaan yang lebih besar dari setin coca cola yang agihan kek ekonominya tidak
dirasai rakyat tempatan tetapi terus masuk ke poket zionis berlaku di Malaysia.


Selain yang diterangkan sebelum ini Jack Abramoff (pelobi Yahudi pro Zionis),
regim ini punya kaitan rapat dengan Saatchi & Saatchisebuah agensi
perunding/pengiklanan multi nasional yang pro Zionisme. Syarikat tersebut menjadi
perunding imej dalam beberapa siri pilihanraya yang bertanggungjawab mencari
teknik kempen dan pengiklanan untuk kempen regim Bn. Syarikat yang sama juga
terlibat dalam banyak projek kerajaan.


CIMB sebuah syarikat kewangan yang dimiliki oleh adik Najib Tun Razak telah
menadatangani kontrak bernilai USD 250 juta kepada sebuah syarikat yang
berpengkalan di Israel. CIMB telah menyumber luarkan pengurusan Jabatan IT nya
kepada EDS (electronic data system) selama 10 tahun. (siapa EDS? )

Hubungan CIMB dengan EDS bukan sahaja tidak mempedulikan keganasan Israel Zionis
tetapi turut memangsakan pekerja CIMB sendiri yang dibuang kerana Jabatan IT
disumberluarkan.

EDS telah ditubuhkan pada tahun 1995 dan berngpengkalan di Herzelyia, Israel.
Syarikat ini jugalah merupakan syarikat yang mengendalikan sistem komputer polis,
ketenteraan dan pertahanan Israel. Malah ia juga terlibat dalam industri
persenjataan Israel. Dan hubungannya dengan Malaysia dirakamkan dengan bangga
dalam Laporan Tahunan CIMB 2008.


Sudahlah kita telah lama sangat dibodohkan……………… Kini masa anak muda untuk bangkit
melawan kebodohan….Kita seharusnya bosan dengan memu momokan ‘perkauman’ yang
sudah disajikan berulangkali sejak zaman penjajah lagi kemudian di ulang – ulang
oleh regim pewaris penjajah ini.


Konsep satu Malaysia harus didokong, tetapi bukan satu Malaysia versi Najib yang
hanya retorik sebaliknya kita harus mendokong satu Malaysia yang mempunyai kemerdekaan minda di dalam diri kita..


Bangsa yang kuat ialah bangsa yang merdeka mindanya.